Berita

Konsultasi Bajet Negeri Sembilan 2026 di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan Konsultasi Bajet Negeri Sembilan 2026 di Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang.

Konsultasi bajet ini diadakan bagi membincangkan dan memperhalusi segala cadangan inisiatif dan insentif sebelum dibentangkan pada Belanjawan Negeri Sembilan 2026 pada penghujung November atau awal Disember nanti.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, sesi ini menjadi platform penting untuk mendengar pandangan, mencetus idea serta berkongsi cadangan bagi memastikan Bajet Negeri Sembilan 2026 lebih inklusif, menyeluruh dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Terima kasih kepada semua peserta, rakan strategik, NGO serta wakil masyarakat yang turut sama memberikan input demi memperkukuh hala tuju pembangunan Negeri Sembilan.

“Komitmen kita jelas, Bajet Negeri bukan sahaja angka tetapi satu amanah besar untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan,” jelas Tengku Zamrah.

Konsultasi Bajet Negeri Sembilan 2026 seperti tahun-tahun sebelumnya dihadiri oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan.

Show More

Related Articles

Back to top button