BeritaMenarik

Koperasi aktif dalam sektor pelancongan satu pembaharuan: VEERAPAN

JELEBU: Sejak beberapa minggu lalu, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah mengadakan Program Eksplorasi Perniagaan Koperasi Negeri Sembilan mengikut daerah bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Veerapan berkata, perjalanan koperasi tidak semestinya tertumpu kepada penjualan barangan semata-mata tetapi boleh menjalankan perniagaan atau perkhidmatan dalam sektor pelancongan.

“Kali ini saya telah ke daerah Jelebu bagi melihat sendiri perniagaan Koperasi Pelancongan Hanya D’Pasoh Berhad.

“Aktiviti eksplorasi ini bermula dengan aktiviti Geo Pelancongan iaitu lawatan ke Gua Pelangi yang melibatkan sesi briefing Geo Trail Gua Pasoh, demo hidup api menggunakan batu terlerang kuarza, demo dan memasak ayam dalam buluh dan ayam wild ginger serta lawatan tapak arkeologi Gua Pelangi dan Geo Trail Gua Tirai.

“Aktiviti ini cukup bermakna dan memberi pendedahan mengenai tapak arkeologi serta gua.

“Saya melihat sektor pelancongan mempunyai potensi menjana pendapatan kepada koperasi di Negeri Sembilan,” ujar Veerapan.

Program ini turut dihadiri wakil Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button