Berita

KUALA PILAH: Masjid dan surau terima bantuan kewangan RM874,000

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengurniakan Bantuan Sokongan Kewangan Khas berjumlah RM874,000 kepada institusi masjid dan surau di Daerah Kuala Pilah.

Bantuan ini daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Kuala Pilah.

Majlis penyerahan bantuan ini diadakan di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Sementara itu, Tuanku Muhriz mengurniakan sumbangan RM100 kepada setiap kanak-kanak kariah masjid dan juga asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Jumlah penerima asnaf adalah seperti berikut:

1. Masjid Kariah Gating, Ineh (Luak Ineh) – 20 orang asnaf.
2. Masjid Kariah Kampung Pauh (Luak Terachi) – 17 orang asnaf.
3. Masjid Jamek Yamtuan Raden (Luak Ulu Muar) – 66 orang asnaf.
4. Masjid Diraja Tuanku Munawir (Adat Lingkongan) – 20 orang asnaf.

Show More

Related Articles

Back to top button