Berita

Kuota MyLesen B2 Negeri Sembilan dinaikkan kepada 2,300 peserta

SEREMBAN: Usaha memperluas akses kepada pelesenan memandu yang sah terus diperkasakan menerusi Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Sembilan 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam meningkatkan mobiliti rakyat dan membudayakan keselamatan jalan raya.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Auditorium RTM Negeri Sembilan, di sini.

“Bagi tahun 2026, kuota Program MyLesen B2 di Negeri Sembilan ditingkatkan kepada 2,300 peserta, dengan 1,879 peserta berjaya menamatkan latihan dan menerima Lesen Memandu Percubaan (PDL).

“Program MyLesen B2 terus menjadi platform penting dalam memastikan lebih ramai rakyat memperoleh lesen memandu secara sah, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan undang-undang serta melahirkan pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab,” kata Anthony Loke.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Aedy Fadly Ramli.

Show More

Related Articles

Back to top button