Berita

Tujuh ekor kerbau habis dilelong

PORT DICKSON: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan sesi lelongan awam bagi haiwan sitaan (kerbau), bersama jabatan yang terlibat termasuk Jabatan Kewangan MPPD dan Jabatan Pelancongan Korporat dan Komuniti MPPD yang membantu menjalankan lelongan ini.

Hasil daripada lelongan tersebut, kesemua tujuh ekor kerbau berjaya dilelong kepada seorang pembeli dengan jumlah hasil lelongan sebanyak RM13,500.

MPPD turut menasihatkan semua penternak agar sentiasa peka, bertanggungjawab dan memastikan haiwan ternakan dipantau dengan baik supaya tidak berkeliaran atau dibiarkan di kawasan awam.

Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Show More

Related Articles

Back to top button