Berita

Laman MADANI Mantin & laluan pejalan kaki hidupkan Pekan Mantin

MANTIN: Penduduk Mantin kini menikmati kemudahan riadah baharu menerusi pembinaan Laman MADANI Mantin dan laluan pejalan kaki di pekan ini yang siap dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban hasil peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, berkata projek ini dilaksanakan susulan janji beliau sebelum pilihan raya lalu bagi memenuhi keperluan penduduk yang sebelum ini tidak mempunyai kawasan rekreasi besar seperti di Nilai.

“Kemudahan tersebut membolehkan penduduk melakukan aktiviti senaman, jogging dan riadah, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.

“Laman MADANI Mantin terletak di tengah pekan dan dikelilingi kemudahan awam seperti Klinik Kesihatan Mantin, Balai Raya, Perpustakaan Awam, Gelanggang Bola Keranjang, Tabika Perpaduan, Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Mantin.

“Laluan pejalan kaki yang dibina turut menghubungkan sekolah dengan deretan kedai di pekan, memudahkan pergerakan pelajar dan penduduk setempat.

“Antara kemudahan disediakan di Laman MADANI Mantin ialah peralatan permainan kanak-kanak, outdoor gym, tapak aktiviti berkumpulan, trek jogging dan 9 tiang lampu solar bagi membolehkan penggunaan pada waktu malam.

“Kawasan itu turut dihijaukan dengan penanaman 50 batang pokok.

“Pihaknya merancang menambah lagi kemudahan permainan, peralatan senaman dan menjadikan kawasan itu pusat aktiviti komuniti bagi mengeratkan hubungan masyarakat.

“Saya berharap penduduk bersama-sama menjaga kemudahan dan kebersihan kawasan tersebut,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button