Berita

Lebih 2,000 peserta warnai Desa Family Fun Walk D’Jelai

PALONG: Lebih daripada 2,000 orang peserta telah mewarnai Desa Fun Walk D’Jelai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) palong, Dato’ Mustapha Nagoor berkata, program itu dianjurkan sempena Karnival MADANI Felda Zon Jelai.

“Program seperti ini dapat membantu mengeratkan silaturahim antara masyarakat di samping memperkukuh dan menguatkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

“Saya sangat teruja apabila melihat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat.

“Terima kasih kepada mereka yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga semangat kekitaan ini terus mekar dalam Desa MADANI yang kita impikan,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button