Berita
Lebih RM10 juta diperuntukkan setiap tahun untuk pendidikan
SEREMBAN: Lebih RM10 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi sektor pendidikan di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan tersebut adalah berdasarkan pelbagai inisiatif yang dilakukan.
“Antara inisiatif tersebut adalah Bantuan Anak Sekolah (BAS), Bantuan Biasiswa Anak Neger (BAN), Menyambung Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), Bantuan Sara Hidup Siswa (BSH) dan Bantuan Komputer Riba untuk mahasiswa.
“Kesemua bantuan ini diberikan terus kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Inisiatif yang disediakan ini adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan pendidikan di negeri ini,” kata Aminuddin.