Berita

MARDI deposit benih padi, terung dan kacang panjang di Benua Artik

Malaysia telah berjaya mendepositkan benih-benih warisan dan varieti tradisional di lokasi penyimpanan selamat di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) yang terletak di Benua Artik, Pulau Longyearbyen, Norway.

Struktur kebal ini terletak di dalam keadaan permafrost dan secara semulajadi berada pada suhu -18°C.

MARDI, melalui inisiatif Projek BOLD (Biodiversity for Opportunities, Livelihoods and Development) dengan dana yang diperolehi dari CropTrust, telah mengenalpasti sumber genetik dari koleksi di MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI yang dikumpulkan sejak tahun 1977, dipilih sebagai simpanan pendua di Svalbard yang terdiri dari Varieti tradisional padi, terung dan kacang panjang.

Sejumlah 725 aksesi tanaman telah diduplikasi di sana melalui dua penghantaran yang dilakukan pada bulan Mei dan Disember 2024.

Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka untuk pertama kali bagi tahun 2025 untuk mendepositkan benih dari Malaysia dan 20 negara yang lain.

Usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan keterjaminan dan ketersediaan sumber genetik makanan sekiranya negara berhadapan dengan risiko bencana yang mengakibatkan kemusnahan kemudahan penyimpanan sumber genetik di negara kita.

Show More

Related Articles

Back to top button