Berita

Masjid Kerangai masjid keenam siap dibina

JELEBU: Masjid Kerangai yang terletak di jelebu telah siap dibina.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut telah siap dibina sepenuhnya pada 28 Februari lalu.

“Masjid itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.18 ekar, mampu menampung 400 orang jemaah dalam satu-satu masa.

“Sebanyak RM2.8 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan masjid tersebut yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (PPNNS).

“Masjid ini sudah tentu akan menjadi tumpuan para musafir yang menggunakan laluan alternatif dari Pantai Timur ke jelebu kerana lokasinya yang strategik,” kata Aminuddin.

Dengan siap sahaja masjid tersebut menjadikan ia sebagai masjid keenam yang siap dibina.

Aminuddin menambah, bahawa tahun lalu sebanyak lima buah masjid telah siap dibina.

“Antara masjid tersebut adalah Masjid Nilai, Masjid Forest Height, Masjid Seri Kendong Rembau, Masjid Bahau dan Masjid Seremban Selatan.

“Sebanyak RM30.21 juta peruntukan dikeluarkan untuk pembinaan masjid-masjid tersebut.

“Dengan adanya masjid baharu ini sudah tentu melambangkan usaha Kerajaan Negeri sentiasa memperkasa syiar Islam di negeri ini,” tambah beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button