Masjid Taman Warisan Puteri siap dibina

SIKAMAT: Sebuah lagi masjid telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri iaitu Masjid Taman Warisan Puteri.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut mampu memuatkan sehingga 1,500 orang jemaah dalam satu-satu masa.
“Kemudahan baharu di masjid ini juga sudah pasti dapat memberikan keselesaan kepada jemaah yang hadir untuk menunaikan ibadah.
“Selain itu, ia juga boleh menjadi sebuah institusi penting bagi memperkukuhkan syiar Islam di negeri ini,” kata Aminuddin.
Dalam pada itu, Aminuddin turut memberikan sumbangan kewangan kepada mereka yang layak berdasarkan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri.
“166 orang warga emas merupakan penerima Bantuan Keceriaan Warga Emas.
“Manakala 19 orang belia menerima sumbangan kewangan kerana baru mendirikan rumah tangga dan sembilan orang lagi penerima sumbangan adalah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti kita,” kata Aminuddin.