Berita

MBS lulus 47 lokasi sebagai Tapak Bazar Ramadan

SEREMBAN: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Penganjuran Bazar Ramadan Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Seremban di Wisma MBS.

Majlis Bandaraya Seremban telah memaparkan iklan tawaran Penganjuran Bazar Ramadan 2026 pada 21 November 2025 di beberapa saluran termasuk pemasangan banner dan gegantung di sekitar kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban serta paparan di media sosial rasmi MBS dan laman sesawang MBS.

Sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 4 Disember 2025, MBS telah menerima permohonan sebanyak 92 daripada penganjur yang berminat termasuk bagi tanah kerajaan, tanah persendirian dan permohonan bagi tapak-tapak Bazar Ramadan baharu yang dicadangkan oleh persatuan.

Semua permohonan ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bazar Ramadan Bil.2/2025 yang telah bersidang pada 24 Disember 2025.

MBS telah menerima 35 permohonan Bazar Aidilfitri dan 57 permohonan Bazar Juadah daripada penganjur.

Sebanyak 47 bilangan lokasi berjaya telah dijadikan sebagai kawasan Bazar Ramadan.

Sesi penyampaian ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MBS, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Masri meminta penganjur supaya memastikan kadar sewa tapak yang dikenakan kepada peniaga mengikut harga yang telah ditetapkan oleh MBS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur yang berjaya.

Show More

Related Articles

Back to top button