Berita
MDKP juara Anugerah Penarafan Bintang PBT
KUCHING: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) berjaya memperoleh tempat pertama bagi Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan bagi kategori Majlis Daerah.
Anugerah tersebut diperoleh di Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2024 dan diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama turut mengucapkan tahniah kepada MDKP atas penganugerahan tersebut.
“Semoga kejayaan yang diperoleh ini akan menjadikan warga MDKP terus komited untuk mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan untuk rakyat.
“Dalam itu, saya berharap agar mereka terus berusaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan merealisasikan Kuala Pilah yang indah dan makmur,” kata Aminuddin.