Berita

Memahami struktur hospital kerajaan

Keseluruhan 151 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dikelaskan mengikut jenis perkhidmatan, beban kerja, dan kompleksiti diagnosis.

Hospital Jenis 1 dan 2 berfungsi sebagai Hospital Utama atau Berpakar yang bertindak sebagai Pusat Rujukan MRI.

Manakala, Hospital Jenis 3 dan 4 merupakan Hospital Daerah atau Kecil yang memfokuskan kepada diagnosis asas serta rujukan kluster.

Sistem penjagaan kesihatan Malaysia terus diiktiraf di persada global di mana menurut Numbeo Healthcare Index 2026, Malaysia kini berada di tangga ke-29 terbaik dunia dan ke-3 di Asia Tenggara, mengatasi negara maju seperti Amerika Syarikat, China, dan Sweden.

Langkah proaktif KKM untuk akses saksama:

• Hospital Kluster dan Rujukan: Hospital daerah tanpa MRI merujuk kes terus ke lead hospital dalam 40 kluster sedia ada untuk diagnosis pantas.

• Kejayaan Outsourcing (HSOP): Kerjasama swasta dengan bajet RM144 juta (2026) berjaya mengurangkan masa menunggu MRI sebanyak 22 peratus.

• Pemerkasaan Aset: Selain 39 unit MRI sedia ada, 11 unit baharu dalam proses perolehan (termasuk di Kuala Krai, Johor Bahru dan Cyberjaya) manakala empat unit lagi bakal tersedia di hospital baharu (Kapar, Kemaman, Petrajaya dan Langkawi).

• Sokongan Diagnostik Daerah: 274 unit X-ray digital dan 61 ultrasound telah ditempatkan di 66 hospital daerah sebagai sokongan awal.

Setiap pelaburan aset adalah komitmen kami untuk memastikan kualiti rawatan terbaik buat seluruh rakyat, tanpa mengira lokasi.

Show More

Related Articles

Back to top button