Membina jambatan ekonomi Malaysia-UK di Westminster

LONDON: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bertemu dengan Duta Khas Perdagangan United Kingdom ke Malaysia, Singapura, Filipina dan Brunei, George Freeman MP untuk memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan Malaysia-United Kingdom (UK).
“Perjumpaan ini meneruskan momentum positif lawatan rasmi YAB PMX pada Januari lalu.
“Agenda utama pertemuan ini ialah bagi menjalin kerjasama strategik dalam sektor halal, tenaga boleh baharu, dan perdagangan di bawah CPTPP, yang membuka lebih banyak peluang untuk syarikat Malaysia menembusi pasaran UK.
“Kami turut membincangkan perkembangan sektor semikonduktor di Malaysia, khususnya kehadiran ARM.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, UK boleh memanfaatkan Malaysia sebagai gerbang ke ASEAN khususnya dalam pelaburan berimpak tinggi.
“Terima kasih UK atas keyakinan berterusan terhadap potensi Malaysia,” ujar Tengku Zafrul.