Berita
Mio kekal, Alex dipanggil semula

SEREMBAN: Pemain pinjaman muda daripada Jepun, Mio Tsuneyasu akan kekal bersama skuad Negeri Sembilan Football Club (NSFC) sehingga penghujung musim 2025/2026.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, satu persetujuan berjaya dicapai antara NSFC bersama kelab J3 Jepun, Gainare Tottori.
Mio turut berhasrat untuk membantu kelab mencapai sasaran lebih baik berbanding sekarang.
Dalam pada itu, pemain tengah NSFC Alex agyarkwa pula telah menamatkan khidmatnya bersama pasukan tersebut.
Hal ini adalah kerana Selangor FC telah mengeluarkan surat panggilan semula secara rasmi.



