Berita
		
	
	
MPPD giat laksana pembersihan akibat angin kencang

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) giat melaksanakan aktiviti pembersihan susulan fenomena angin kencang dan air pasang besar yang berlaku di daerah persisiran pantai itu.
Aktiviti tersebut dilaksanakan kerana terdapat sampah-sarap serta ranting kayu yang bertaburan di atas jalan sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
Turut terlibat membantu dalam kerja-kerja pembersihan ini ialah agensi Selia Selenggara, bagi melancarkan proses pembersihan di lokasi berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut demi keselamatan dan kelancaran perjalanan.
				


