Berita
MPPD Pantau Kerja Pemasangan Lampu Hiasan di Sempadan Daerah dan Negeri

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan lawatan pemantauan pada waktu malam bagi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan lampu hiasan di beberapa lokasi sempadan daerah dan negeri pada 12 Disember 2025.
Pemantauan tersebut melibatkan kawasan sempadan Negeri Sembilan–Melaka di Tanjung Agas, sempadan Port Dickson–Sepang serta kawasan Siliau dan Pekan Linggi.
Lawatan ini telah dijalankan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar MPPD bersama pihak kontraktor yang dilantik.
Tujuan utama MPPD bagi memastikan aspek keindahan, keselamatan serta keselesaan persekitaran bandar diberi keutamaan khususnya di kawasan pintu masuk dan sempadan daerah serta negeri yang menjadi imej kepada Port Dickson.



