Berita

Naik taraf bangunan SMA Ulu Jempol selesai

KUALA PILAH: Projek naik taraf blok bangunan kelas Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol telah selesai sepenuhnya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, selain daripada naik taraf, beberapa baikpulih terhadap bangunan akademik yang mengalami kerosakan turut dilakukan.

“Ini kerana terdapat beberapa struktur kayu, kekuda bumbung dan dinding kayu telah reput dimakan anai-anai.

“Projek naik taraf ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM1.6 juta baik Projek-Projek Menyelenggara dan Membaik pulih 16 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Saya berharap dengan terlaksana kerja-kerja naik taraf bangunan akademik ini dapat meningkatkan keselesaan pembelajaran di kalangan warga Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol khususnya kepada para pelajar,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button