BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan cadang sambutan Hari Orang Asli Sedunia sebagai cuti umum

SEREMBAN: EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias (Pertang-BN) akan membawa cadangan mengisytiharkan sambutan Hari Orang Asli Sedunia sebagai cuti umum kepada Kerajaan Persekutuan.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman (BN) mencadangkan sambutan Hari Orang Asli Sedunia sebagai cuti umum.

“Justeru itu, cadangan ini saya akan bawa kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar sambutan Hari Orang Asli Sedunia diisytiharkan sebagai cuti umum persekutuan,” kata Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Jalaluddin berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Saiful Yazan pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban.

Saiful Yazan dalam soalan beliau memohon sambutan Hari Orang Asli Sedunia diisytiharkan cuti umum sebagai satu penghargaan kepada masyarakat Orang Asli.

Show More

Related Articles

Back to top button