Berita

Negeri Sembilan komited bendung penyakit kusta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited dalam membendung penyakit kusta khususnya dalam Komuniti Orang Asli.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, pelbagai usaha dilakukan seperti program kesedaran dan saringan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA).

“Pendekatan ini melibatkan pemeriksaan saringan di kawasan berisiko, pemberian rawatan kepada kes positif serta pemantauan pesakit yang telah selesai rawatan selama lima hingga 10 tahun.

“Semua kotak rapat kes kusta pula akan disaring dan diberikan satu dos antibiotik pencegahan serta dipantau sehingga lima tahun bagi memastikan tiada penularan baharu.

“Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaksanakan Program Latihan, Kesan, Analisa, Rawat dan Rujuk (LaKAR) di sembilan lokaliti, termasuk lima perkampungan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan tahun ini.

“Dalam pada itu, usaha meningkatkan kesedaran turut diperluaskan ke sekolah-sekolah melalui ceramah kesihatan dan program Hari Kusta Sedunia.

“Seramai 66,601 atau 97 peratus daripada 68,494 pelajar prasekolah, tahun satu dan tahun enam di negeri ini sudah menjalani saringan kesihatan setakat tahun ini, dan tiada kes kusta dikesan,” kata Tengku Zamrah.

Tengku Zamrah berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ADUN Juasseh.

Show More

Related Articles

Back to top button