BeritaMenarik

Negeri Sembilan mahu bantu rakyat miliki rumah dengan mudah

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) berkaitan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sembilan dengan BSN dalam menyediakan pinjaman perumahan kepada pemohon yang layak untuk Rumah Mampu Milik (RMM) Type A berharga RM110,000 di Negeri Sembilan.

Pagi tadi bersama dengan Setiausaha Bahagian Perumahan, SUK Negeri Sembilan

“Dengan adanya satu kerjasama melalui beberapa skim atau program yang diumumkan oleh PMX seperti BSN MyHome-i SJKP-MADANI akan membantu lebih ramai keluarga yang belum memiliki rumah sendiri dapat memiliki rumah sendiri dengan kemudahan pinjaman tersebut.

“Harapan Kerajaan Negeri Sembilan melalui Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS), khususnya Rumah Mampu Milik (RMM) Type A adalah memastikan 20 peratus unit rumah dalam setiap projek perumahan di Negeri Sembilan yang dibina oleh setiap pemaju di setiap kawasan perumahan sampai kepada golongan yang layak sahaja.

“Melalui intervensi Kerajaan Negeri Sembilan dalam pengisian tersebut dan ia akan berjaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri dengan BSN dalam memastikan pemohon yang layak dapat pinjaman bank dengan lebih mudah dan cepat,” jelas Arul Kumar.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Perumahan Negeri Sembilan, Nurkhairun Nisa Mokhtar.

Show More

Related Articles

Back to top button