Berita

Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0: Lima lokasi baharu untuk cabaran peserta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan lima lokasi baharu dalam siri Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0: Road to HSN 2025.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor berkata, lima lokasi baharu ini diperkenalkan bertujuan mempromosi lokasi tersebut yang mempunyai tarikannya sendiri.

“Berdasarkan pengalaman penganjuran pada tahun lepas, terdapat lonjakan pendapatan dan ekonomi masyarakat setempat di lokasi Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge diadakan.

“Sebab itu pada tahun ini kita memperkenalkan lima lokasi baharu bagi membantu tarikan pelancongan di kawasan terbabit dan pada masa sama membantu menjana ekonomi penduduk sekitarnya,” jelas Mustapha.

Mustapha berkata cabaran Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0: Road to HSN 2025 akan bermula pada 19 April ini di Bukit Bosar Bayai, Jempol.

Cabaran ini akan berakhir pada 4 Oktober 2025 di Gunung Datok, Rembau.

Berikut jadual penuh cabaran Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0: Road to HSN 2025.

19 April – Bukit Bosar Bayai, Jempol.

10 Mei – Gunung Berembun, Seremban.

14 Jun – Bukit Ramunia, Gemencheh, Tampin.

12 Julai – PD Forest Sungai Menyala, Port Dickson.

9 Ogos – Bukit Bagindo, Kuala Pilah.

6 September – Bukit Batu Sawa, Jelebu.

4 Oktober – Gunung Datok, Rembau.

Show More

Related Articles

Back to top button