NeSCOM telah diaktifkan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyatakan bahawa Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) telah mula diaktifkan pagi tadi.
“Pengaktifan NeSCOMM adalah bagi memantau semua lokasi titik panas banjir di seluruh Negeri Sembilan.
“Hal ini kerana, sekiranya kita menerima hujan lebih 200mm dalam jangka masa panjang, akan terdapat beberapa kawasan mengalami banjir.
“”Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Negeri Sembilan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam situasi ini.
“Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kejadian tidak diingini berlaku di kawasan anda,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian dalam satu hantaran di laman media sosial beliau.
Beliau turut menambah bahawa telah mengarahkan semua agensi di setiap daerah untuk bersiap sedia menguruskan semua kerosakan yang telah berlaku dan mengalihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan.
“Hal ini kerana, pada pagi ini saya menerima laporan daripada pelbagai agensi daerah Seremban dan Port Dickson berkenaan kesan ribut malam tadi.
“Kerajaan Negeri juga dalam keadaan bersiap sedia dengan seluruh aset dari agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana bagi memastikan situasi di negeri ini dapat diuruskan dengan baik.
“Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua,” tambah beliau.



