Noorzunita serah mock cheque Skim Suri Lindung Kasih kepada Gunasekaren

SEREMBAN: Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah menyerahkan ‘mock cheque‘ Skim Suri Lindung Kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren yang mewakili Persatuan Ibu Tunggal Komuniti India.
Noorzunita berkata, serahan tersebut adalah sumbangan caruman selama setahun di bawah PERKESO.
“Ia juga adalah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan golongan ibu tunggal dalam komuniti kita,” kata Noorzunita.
Dalam pada itu, Noorzunita turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Majlis Sukan-Sukan Negeri (MSSN) Negeri Sembilan, Puan Marhizah.

“Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan persiapan dan hala tuju Sukan Para SUKMA yang akan berlangsung pada tahun ini.
“Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat memberi impak positif dalam memperkasa pembangunan sukan para.
“Secara tidak langsung membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada atlet-atlet para di Negeri Sembilan,” tambah beliau.



