NSFC jalin kerjasama bangunkan aspek perniagaan kelab

SEREMBAN: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat barangan sukan demi membangunkan perniagaan kelab.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, syarikat tersebut adalah Universal Sports Sdn. Bhd. (USS).
“Kerjasama ini adalah penting untuk kelab dalam usaha menstabilkan perniagaan dan mendekati semua penyokong kami yang berada di seluruh Negeri Sembilan.
“Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa kerjasama ini tidak hanya tertumpu kepada perniagaan sahaja.
“Hal ini kerana banyak lagi yang kami akan terokai demi kelansungan dan kestabilan kelab khususnya aktiviti bersama penyokong,” kata Faliq.
Faliq berkata demikian di Majlis Menandatangani perjanjian itu secara tertutup sambil disaksikan oleh wakil penjual dan ejen jenama Warroix dalam acara Universal Sports Trade Fair 2021 yang berlangsung di Grand Summit Ballroom @ Connexion Conference & Event Centre (CCEC).