Berita

NSFC tumbang lagi di halaman sendiri

PAROI: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) tumbang lagi di hadapan penyokong sendiri ketika berhadapan Terengganu FC semalam.

Anak buah K. Nanthakumar mula ketinggalan pada minit ke-26 selepas sepakan percuma Nurillo Tukhtasinov pada jarak 30 meter berjaya menghasilkan gol.

Harapan menyamakan kedudukan pudar apabila, skuad bimbingan Badrul Afzan dihadiahkan sepakan penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR) apabila bola terkena tangan Che Rashid Che Halim.

Sepakan penalti tersebut disudahkan dengan cemerlang oleh Nelson Bonilla.

Dengan keputusan tersebut menyaksikan bahawa skuad Jang masih menduduki tangga ke-12 liga tanpa sebarang perubahan.

Show More

Related Articles

Back to top button