Berita

Padang SMK Seremban Jaya 2 akan dinaik taraf

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah melawat dan meninjau sendiri keadaan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya 2.

“Saya mendapati permukaan padang ini rosak yang boleh mewujudkan keadaan yang tidak selamat kepada murid-murid sekolah tersebut.

“Justeru itu, kerja-kerja menaik taraf padang sekolah tersebut akan dilaksanakan di bawah peruntukkan DUN Seremban Jaya.

“Kualiti padang sekolah adalah sangat penting kerana ia memberi kesan kepada prestasi pelajar sekolah yang terlibat dalam pertandingan sukan.

“Keadaan padang yang tidak selamat juga boleh menyebabkan kecederaan terutamanya ‘sports injury’ dan sebab itu kerosakan padang ini harus dibaiki segera,” jelas Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Jamilah Said Ali; Pengetua SMK Seremban Jaya 2, Muhammad Mohd Nor; Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Roslan Aziz dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, P.Minnal.

Show More

Related Articles

Back to top button