BeritaYB Kita

Pak Mus tinjau projek kemudahan awam di Palong

PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Dato’ Mustapha Nagoor telah turun padang bagi meninjau perkembangan projek kemudahan awam dan sukan di kawasan tersebut.

Mustapha berkata, lawatan berkenaan meliputi Padang Felda Palong 5, Dataran Astaka Felda Palong 4, 5, 6 serta Padang Felda Palong 8 yang sedang dinaik taraf untuk manfaat masyarakat setempat.

“Usaha berterusan ini merupakan komitmen beliau dalam memastikan prasarana di kawasan Palong sentiasa diberi perhatian dan ditambah baik demi keselesaan rakyat.

“Pembangunan kemudahan awam dan sukan adalah penting untuk kesejahteraan penduduk serta menggalakkan gaya hidup sihat.

“Saya mahu masyarakat di Palong menikmati fasiliti yang lebih baik dan selesa,” kata Mustapha.

Beliau turut menegaskan, tumpuan kepada projek seumpama ini adalah sebahagian daripada agenda pembangunan berterusan yang bakal meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasan DUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button