Pejabat JPJ Cawangan Nilai kini dibuka

Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Nilai yang mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Jun lalu, kini menawarkan kemudahan perkhidmatan yang lebih selesa, moden dan mesra pelanggan kepada penduduk sekitar Nilai serta kawasan berhampiran.
Majlis perasmian pejabat baharu tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Pejabat baharu ini yang terletak di Bangunan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Cawangan Nilai adalah sangat selesa kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ dari pelbagai aspek seperi lokasi, tempat letak kenderaan dan lain-lain lagi.
Pembukaan Cawangan JPJ di Nilai ini dijangka akan mengurangkan kesesakan di Pejabat JPJ Seremban.
Turut hadir pada majlis perasmian ini Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.




