Berita

Pelancaran MyNISSe detik penting Kementerian Dalam Negeri

PUTRAJAYA: Pelancaran Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada Jun akan menjadi detik penting bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution berkata, ia adalah usaha untuk memperkmas pengurusan identiti negara serta memastikan pergerakan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih lancar dan teratur.

“Dokumen tersebut melibatkan kad pengenalan dan pasport yang dilengkapi ciri keselamatan terkini, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

“Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa kita akan dapat melepasi detik bersejarah dengan baik pada Jun ini.

“Hal ini kerana sampai satu tempoh, kita perlu mengeluarkan dokumen yang baharu sifatnya dengan ciri keselamatan yang lebih baik,” kata Saifuddin.

MyNIISe ini akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang telah digunakan lebih 20 tahun.

Ini disebabkan sistem tersebut tidak lagi mencukupi untuk menangani cabaran keselamatan global, volum pergerakan yang tinggi serta keperluan integrasi data semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button