Berita
Surau Mantau Indah terima RM3,000 daripada Cha

RASAH: Surau Taman Mantau Indah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.
Cha berkata, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Ahli JawatanKuasa surau tersebut.
“Selain itu, saya turut memberikan RM1,0000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mantau Indah.
“Sumbangan tersebut adalah bagi membantu KRT menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat,” kata Cha.



