BeritaProgram

Solat Jumaat terakhir di Masjid Negeri pada 8 Mei ini

Masjid Negeri di Seremban akan ditutup sementara bermula 9 Mei ini bagi tujuan melaksanakan projek naik taraf prasarana masjid tersebut.

Sehubungan dengan itu, suatu majlis pengisytiharan penutupan Masjid Negeri secara rasmi akan diadakan pada 8 Mei 2026 (Jumaat) menandakan solat Jumaat terakhir didirikan pada tarikh tersebut dan pemindahan segala aktiviti Masjid Negeri, Negeri Sembilan ke Kompleks Darul as-Saadah.

Justeru itu, Masjid Negeri akan beroperasi sementara di Kompleks Al-Saadah, Rahang.

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan naik taraf Masjid Negeri, Negeri Sembilan dalam usaha merancakkan lagi pengimarahannya.
Show More

Related Articles

Back to top button