Berita
Pemandangan Teluk Kemang seluas mata memandang
PORT DICKSON: Pemandangan di Pantai Teluk Kemang kini seluas mata memandang apabila tiada lagi khemah biru di sekitar kawasan pantai.
Seorang pengguna media sosial, Zielaa Salleh telah memuat naik situasi terkini Pantai Teluk Kemang di ‘Tiktok’.
“Macam ni baru seronok untuk berkelah,” kata Zielaa Salleh.
Selain itu, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut menyatakan kegembiraan apabila ketiadaan khemah biru yang sebelum ini menyesakkan pemandangan.
Ketiadaan khemah biru adalah disebabkan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson, telah mengeluarkan arahan bahawa tiada lagi khemah biru mulai 18 November yang lalu.