Berita

Penduduk Sikamat disantuni dalam Jelajah Kasih Ramadhan

SIKAMAT: Penduduk di sekitar Sikamat disantuni oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dalam Jelajah Kasih Ramadhan DUN Sikamat.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata, program tersebut diadakan dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat DUN Sikamat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pejabat Daerah Seremban.

“Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Mereka yang memerlukan bantuan Baitulmal dan e-kasih juga turut dibantu untuk memudahkan permohonan mereka.

“Saya berdoa agar mereka diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button