Penetapan kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M

Bagi menjunjung titah DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan perkenan YTM Dato’ Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin adalah dimaklumkan ketetapan Pewartaan Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M adalah seperti berikut:
1. RM7.50 – Bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis Super Special Tempatan SST 5%.
2. RM12.00 – Bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni.
3. RM22.00 – Bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis beras Super Basmathi.
Kaedah penetapan harga fitrah Negeri Sembilan
Penetapan 3 kadar harga ini adalah berdasarkan kepada kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.
Saluran pembayaran zakat fitrah
Bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadhan, pihak MAINS telah menyediakan beberapa kaedah pembayaran iaitu:
a) Pembayaran secara bersemuka iaitu dengan cara berikut:
i. Hadir ke kaunter zakat di pejabat-pejabat MAINS Daerah / Cawangan yang berhampiran yang dibuka tujuh hari seminggu sepanjang Ramadhan.
Jam 8.30 pagi sehingga 4.45 petang (Isnin – Jumaat)
Jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang (Sabtu – Ahad / Cuti Umum)
ii. Melalui Amil Zakat Fitrah yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang terdapat di masjid dan surau terpilih di seluruh Negeri Sembilan (berjumlah 1250 orang) yang mengunakan Aplikasi Mobile MyAmil Fitrah.
(Aplikasi Mobile MyAmil Fitrah memudahkan pembayaran zakat fitrah secara QR Pay atau tunai melalui amil bertauliah, dengan bukti pembayaran dan pengesahan automatik melalui notifikasi SMS dan email).
iii. Hadir ke kaunter-kaunter pembayaran zakat fitrah yang terdapat di pasaraya-pasaraya ataupun di lokasi yang terpilih.
b) Pembayaran secara dalam talian (online) iaitu dengan cara berikut:
i. Portal Rasmi MAINS (www.zakatns2u.biz/fitrah)
ii. Aplikasi MAINS Pay
iii. Aplikasi MyEG
iv. Aplikasi TULUS
v. Aplikasi TheNoor
vi. Aplikasi IKHLAS
vii. Perbankan internet melalui jomPay
PIHAK YANG BOLEH DIHUBUNGI
Sebarang pertanyaan atau permasalahan yang ingin dikemukakan boleh menghubungi talian MAINS – 06-7651402 atau layari laman sesawang http://www.mains.gov.my.
“Tunai Zakat, Raih Berkat”
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN