SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren menyerahkan bantuan kewangan perkahwinan RM500 kepada Nur Nilam Sari Kamarulzaman.
Gunasekaren berkata, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dan bantuan perkahwinan RM500 diberikan kepada setiap anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama.
“Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pasangan muda yang memulakan kehidupan baharu,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Gunasekaren juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada KRT Taman Tuanku Ampuan Najihah dan KRT Fasa 5 Taman Seremban Jaya untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong di kawasan masing-masing.
“Saya juga menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Willaim Xavier dan Nalini Munisamy di atas kehilangan ahli keluarga mereka,” kata Gunasekaren.