BeritaYB Kita

Penutup Mainhole Terbuka Dipercayai Akibat Curi Kabel, Arul Kumar Gesa Tindakan Tegas

SEREMBAN: Sebuah penutup mainhole yang terbuka di jalan utama berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMK KGV) di sini menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya dan dipercayai berpunca daripada kegiatan mencuri kabel.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata, kejadian itu dikesan ketika beliau melalui kawasan berkenaan pagi semalam sebelum tindakan segera diambil bagi menutup semula penutup mainhole tersebut.

“Kepada pencuri-pencuri kabel TM, jangan bahayakan pengguna-pengguna jalan yang lain.

“Pagi tadi semasa melalui jalan di hadapan SMK KGV Seremban, saya ternampak satu penutup mainhole terbuka dan sangat bahaya kepada pengguna jalan lain,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Menurutnya lagi, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi kawasan berkenaan, Chong, telah hadir ke lokasi dan membantu memastikan penutup mainhole itu ditutup dengan segera.

“Kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku dan berharap pihak Telekom Malaysia (TM) serta polis mengambil tindakan lebih tegas terhadap sindiket mencuri kabel yang bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah mengancam keselamatan awam.

“Insiden seperti ini terus berlaku dan saya harap pihak TM dan polis mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka.

“Jalan utama pun jadi tempat untuk mencuri kabel,” tambahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button