Berita
Permasalahan bekalan air di Seri Menanti akan ditangani
SERI MENANTI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi telah mengadakan perbincangan dua hala bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Ir. Mohd Yazid Ahmad dan pegawai-pegawai SAINS di Pejabat SAINS, Seremban.
“Perjumpaan ini membincangkan secara menyeluruh berkaitan sumber air yang melibatkan kawasan dalam DUN Seri Menanti.
“Cadangan penambahbaikan sistem perpaipan telah dibincangkan dan menunggu peruntukkan untuk kerja-kerja dilaksanakan.
“Inshaa Allah bagi perancangan masa depan, permasalahan air di DUN Seri Menanti akan ditangani,” ujar Muhammad Sufian.