Permohonan tapak bazar Ramadhan Kuala Pilah dibuka

KUALA PILAH: Permohonan bagi tapak niaga bazar Ramadhan 2025 di Kuala Pilah kini dibuka.
Permohonan akan ditutup pada 25 Februari ini.
Kadar sewaan adalah berbeza mengikut Kawasan bazar.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kadar sewaan tapak:
Dataran Kuala Pilah = RM400/lot.
Pekan Juasseh (tapak lama) = RM400/lot.
Pekan Manjong Tanjong Ipoh = RM150/lot.
Pekan Senaling = RM150/lot.
Air Mawang = RM150/lot.
Pemohon perlu bawa Bersama:
1 Salinan Kad Pengenalan
1 Salinan buku suntikan (termasuk semua pekerja)
1 Salinan pendaftaran syarikat (SSM)
1 Salinan sijil kursus pengendalian makanan (termasuk semua pekerja)
1 Keping gambar ukuran passport
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam di talian 06-4821280.
Bagi para peniaga yang berniaga di luar Bazar Ramadhan yang ditetapkan akan dikenakan bayaran sebanyak RM70.00 setiap lot niaga dan bayaran boleh dilakukan di Kaunter Pelesenan MDKP mulai 3 Februari 2025 (Isnin) hingga 25 Februari 2025 (Selasa).