
Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) telah dibuka pada hari ini.
Anda berpeluang mendapatkan geran perniagaan sehingga RM3,000 daripada Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).
Permohonan akan dibuka sehingga 31 Mac ini.
Untuk maklumat lanjut boleh larai pautan berikut:
https://www.tuns.my/2025/index.php
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
b) Perniagaan telah berdaftar dengan SSM sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat.
c) Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan kurang daripada RM100,000.00 setahun.
d) Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
e) Tidak berstatus muflis.
f) Tidak pernah menerima TUNS.