PMX bentang Belanjawan MADANI 2026 pada Jumaat ini

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan MADANI 2026 pada hari Jumaat ini di Dewan Rakyat (Parlimen).
“Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.
“Justeru, saya tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.
“Insya Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan MADANI Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” kata Anwar.
Anwar berkata demikian di sesi taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada rakan-rakan media di pejabatnya.