BeritaMenarik

PMX lawat Siemens Energy di Jerman

BERLIN: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Siemens Energy di ibu negara Jerman pada Isnin.

Anwar berkata, beliau dan delegasi Malaysia berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi kilang ini sebelum sesi perbincangan lanjut bersama pengurusan tertinggi diadakan.

“Sebagai rekod, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau pada tahun lalu.

“Ia bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa termal TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu,” katanya.

Siemens Energy yang merupakan salah satu syarikat teknologi tenaga utama dunia.

Kunjungan Anwar disertai Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Ewon Benedick.

 

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Show More

Related Articles

Back to top button