SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin kini kembali lagi dan akan melibatkan lapan buah DUN di sekitar Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap isu kenaikan harga barang yang menghimpit rakyat di negeri ini.
“Tidak kira latar belakang, semuanya tertekan akibat kenaikan harga barangan masa kini.
“Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat dalam waktu yang sukar ini, Insya Allah,” kata Aminuddin.
Pelbagai barang-barang basah dan keperluan asas dijual pada kadar 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran seperti ayam, ikan, beras putih, telur, sayur sayuran, minyak masak dan lain lain.
Berikut butiran program tersebut:
Tarikh: 15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi hinggga stok habis
Lokasi:
DUN Klawang – Perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Jelebu, Kampung Larong.
DUN Palong – Pusat Khidmat Rakyat DUN Palong, Felda Palong 3.
DUN Pilah – Perkarangan Masjid Sayidina Ali, Taman Bukit Intan.
DUN Lukut – Kawasan lapang Depan Pentas Rumah Rakyat Pekan Lukut.
DUN Paroi – Dataran Kampung Sentosa Jaya.
DUN Ampangan – Dewan Besar Gedong Lalang 50.
DUN Labu – Perkarangan Parkir Dewan Orang Ramai Kampung Jijan, Labu.
DUN Gemencheh – Kawasan Perniagaan Taman Suria AKS, Air Kuning Gemencheh.