Berita

Program Pembangunan Pendidikan Modal Insan Wilayah Serumpun

SEREMBAN: Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara wilayah serumpun Negeri Sembilan dan Provinsi Riau; Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PERMANIS) telah mengadakan Program Mobiliti ke Riau dari 27 Februari hingga 1 Mac 2024 di Rokan Hulu, Riau, Indonesia.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan melestarikan warisan budaya Melayu dan memperkenalkan nilai-nilai kesatuan serta kasih sayang antara kedua-dua wilayah.

Dalam aktiviti ini, 21 mahasiswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia yang tergabung dalam Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PERMANIS) turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Salah satu fokus utama program ini adalah mengadakan lawatan pendidikan ke Kompleks Makam Pahlawan Nasional Indonesia Tambusai di Rokan Hulu.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang sejarah dan budaya tempatan yang tutut terkait dalam sejarah pembukaan pekan Rasah di Negeri Sembilan.

Di samping itu, forum tentang penyatuan budaya dan aktiviti silang pendidikan dengan keluarga di Rokan Hulu turut menjadi sebahagian penting dari program ini.

Peserta diharapkan dapat membawa pulang pengalaman berharga dalam memperkaya pengetahuan mereka tentang budaya Melayu serta mengeratkan hubungan antara Negeri Sembilan dan Provinsi Riau.

Program Kerjasama Program Pembangunan Pendidikan Modal Insan Wilayah Serumpun di Rokan Hulu Riau menjadi satu langkah penting dalam membangun keterikatan budaya yang kukuh melalui aktiviti pendidikan yang bermakna.

Show More

Related Articles

Back to top button