Berita

PROGRAM PEMBERSIHAN PASCA BANJIR TAMPIN: Isam rakam penghargaan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan kerajaan, agensi kerajaan, NGO, parti politik dan orang perseorangan sama ada dalam Daerah Tampin mahupun dari luar daerah di atas sumbangan tenaga, masa, dan sumber dalam membantu program pembersihan pasca banjir di Daerah Tampin.

Mohd Isam berkata, program pembersihan Pasca Banjir Parlimen Tampin telah diadakan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah dan Felda Jelai Empat.

“Kami di Parlimen Tampin ingin merakamkan kehadiran dan komitmen anda semua yang telah memberikan harapan dan semangat baru kepada kami yang terkesan dengan bencana ini.

“Bantuan yang diberikan, baik dalam bentuk tenaga kerja mahupun peralatan, amat kami hargai dan telah mempercepatkan proses pemulihan kawasan ini.

“Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus saling membantu dalam menghadapi cabaran bersama.

“Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Jempol, Rembau, Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah yang turut membantu kami di Parlimen Tampin,” kata Mohd Isam.

Show More

Related Articles

Back to top button