BeritaYB Kita

Program Sukan Wanita MADANI DUN Labu pupuk gaya hidup sihat golongan Wanita

LABU: Program Sukan Wanita MADANI DUN Labu adalah cetusan idea oleh Biro Wanita Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu dan merupakan pertama kali diadakan di Negeri Sembilan, sekali gus mencipta sejarah baru dalam sukan wanita tradisional.

Program Sukan Wanita Madani DUN Labu diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Labu Ulu.

Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak berkata, program ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan serta memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

“Pelbagai acara sukan santai dan pertandingan menarik telah diadakan, disertai oleh para wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat sekitar DUN Labu.

“Suasana ceria dan semangat kesukanan yang tinggi terserlah sepanjang program, menggambarkan komitmen dan kebersamaan masyarakat dalam menjayakan inisiatif Sukan Wanita MADANI.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua urus setia, peserta, serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

“Semoga semangat kesukanan dan kebersamaan yang ditonjolkan terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan peranan wanita di DUN Labu,” kata Ahmad Faez semasa ucapan perasmian program.

Turut hadir memeriahkan program ialah Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim serta Pengerusi Bakriyah Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

 

Show More

Related Articles

Back to top button