Berita
Projek yang diberi ini bukan duit raya
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mengingatkan kepada kontraktor bahawa 250 projek fasa 1 yang diberi ini bukanlah duit raya untuk kontraktor.
“Sebaliknya adalah projek yang perlu disiapkan segera sebelum Hari Raya.
“Saya tak mahu ada orang balik raya merungut jalan diturap tak elok, saliran air tak mengalir dan pelbagai.
“Jika saya terima aduan sedemikian rupa akan saya berhentikan.
“Saya tak akan lakukan lagi cabutan undi sebaliknya membuka semula tender melalui sebut harga.
“Ingat ya kontraktor, jangan culas dan laksanakan projek yang diberikan ini dengan memenuhi speksifikasi yang sepatutnya,” tegas Aminuddin.