BeritaMenarik

Pusat Penginapan Pekerja baharu dibuka di Seremban 2

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah merasmikan Pusat Penginapan Pekerja (CLQ) GDB Land Sdn Bhd di Seremban 2.

Veerapan berkata, beliau ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada GDB Land Sdn Bhd di atas usaha memulakan CLQ ini, yang boleh menempatkan 616 pekerja.

“Ini selaras dengan International Labour Organisation (ILO) yang menitikberatkan keperluan pekerja dan diberikan kemudahan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Saya juga ingin mengingatkan pihak CLQ supaya kemudahan asas untuk pekerja yang menginap di dalam premis ini perlu diurus dengan baik demi kesejahteraan mereka.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan bahawa pekerja asing perlu ditempatkan di penginapan pekerja (CLQ) yang diperaku oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) dan PBT serta dilarang sama sekali di kawasan perumahan untuk mengelak masalah social,” kata Veerapan.

Veerapan menambah, kegagalan majikan untuk mendapatkan perakuan penginapan daripada pihak JTK adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 bagi setiap kesalahan.

Turut hadir, Pengarah JTK Negeri Sembilan, Roslan Bahari; Pengurus Besar GDB (M) Sdn Bhd, Lee Wei Kiat dan Pengarah GDB Land (M) Sdn Bhd, Loy Win Sern.

Show More

Related Articles

Back to top button