Berita

Rafizi Ramli kini bergelar Dato’ Seri

KUALA PILAH: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kini bergelar Dato’ Seri setelah dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Anugerah tersebut diberikan sempena Hari Keputeraan Ke-77 DYMM Tuanku Muhriz pada semalam.

Turut menerima gelaran Dato’ adalah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman apabila menerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS).

Selain itu, tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Mustapha Nagoor, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim turut menerima anugerah DPNS yang membawa gelaran Dato’.

Show More

Related Articles

Back to top button